Apa itu Pembedahan Lasik Mata (Eye Lasik Surgery)?

Apa itu lasik mata

Yang biasa orang faham, LASIK itu prosedur supaya tak perlu pakai cermin mata lagi. Boleh dapatkan mata yang cerah seperti dahulu. Cuma, ia terlalu ringkas dan tak semua orang faham. Izinkan kami berkongsi apa itu lasik mata. Jika ingin tahu lebih lanjut dalam Bahasa Inggeris, boleh lawati FDA.

Apa itu lasik?

LASIK adalah singkatan daripada ‘Laser Assisted In-situ Keratomileusis’. Ia adalah sejenis prosedur pembedahan mata menggunakan laser yang boleh merawat masalah penglihatan, bukan sahaja rabun jauh, tetapi juga rabun dekat dan masalah astigmatisme.

Masalah rabun jauh ini berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara bentuk (lengkungan) kornea yang merupakan lapisan hadapan mata dan saiz bola mata. Ia membuatkan imej gagal diterima oleh retina iaitu reseptor foto di bahagian dalam mata dengan tepat menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Dengan kata lain, LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) adalah satu prosedur yang dapat dipercayai dan tidak sakit untuk memulihkan tahap penglihatan dengan mengurangkan atau menghapuskan pergantungan kepada cermin mata atau kanta sentuh.

LASIK mengubah cara cahaya dibiaskan semasa melalu kornea, dengan itu cahaya dapat difokuskan keatas retina dan seterusnya objek dapat dilihat dengan jelas.

LASIK telah mendapatkan kelulusan dari Food and Drug Administration untuk  merawat rabun jauh, rabun dekat dan astigmatism.

Prosedur lasik

Prosedur LASIK tradisional, satu alat yang dipanggil mikrokeratom digunakan untuk memotong satu flap yang nipis pada permukaan  kornea. Pesakit akan diberi bius, dengan itu mereka tidak dapat merasa alat yang digunakan. Kemudian, flap akan  diangkat dan laser excimer digunakan untuk membentuk  kelengkungan kornea untuk memulihkan penglihatan. Akhir sekali, flap diletakkan kembali ketempat asal untuk menutup luka tanpa jahitan.

Prosedur ini mengambil masa hanya 10 minit bagi sebelah mata, walaubagaimanapun pesakit perlu bersedia untuk berada di pusat laser selama lebih kurang 1 jam.pesakit akan dibenarkan pulang ke rumah dan berehat selepas prosedur dilakukan.

Pesakit dinasihatkan untuk dating bagi rawatan susulan keesokan harinya dan mengikut temujanji yang diberi.

Ubat lasik

Preskripsi ubat titis mata (Antibiotik dan steroid) akan diberi bersama arahan selepas pembedahan. Mata akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu.

 

Akhir kata

Sebelum anda buat keputusan untuk buat lasik mata atau tidak, pastikan membaca tentang prosedur pembedahan terlebih dahulu. Jangan terburu-buru mahu buat tanpa memikirkan harga rawatan lasik dan kosnya yang mahal.

Selamat ber-lasik!