Lasik Mata (Eye Lasik Surgery) – Jangan Fikir Kos & Harga Murah Sahaja

Lasik mata

Bagi anda yang mempunyai masalah berkaitan mata seperti rabun, pastinya anda pernah mendengar mengenai kaedah rawatan LASIK. Tetapi sejauh mana yang anda tahu mengenai rawatan LASIK ini? Adakah ia berkesan? Jangan hanya memikirkan tentang kos dan harga yang murah semata-mata. Ada banyak lagi aspek yang anda perlu tahu dan ambil berat. Teruskan membaca perkongsian artikel dari kami ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai LASIK yang kami rujuk serba sedikit dari Allaboutvision.

 

Masalah rabun jauh

Tahukah anda hampir 20 peratus daripada masyarakat dunia berdepan dengan masalah ‘myopia’ , iaitu terma dalam Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu, selalunya dipanggil rabun jauh.

LASIK adalah pembedahan laser mata yang paling menjadi pilihan kebanyakan individu untuk merawat masalah berkaitan ‘myopia’. Harus diingatkan, tidak semua orang mampu kerana harganya agak mahal.

 

Maksud lasik

Kami ada berkongsi sebelum ini, apa itu lasik. Namun, izinkan kami menerangkan sekali lagi.

LASIK adalah singkatan daripada ‘Laser Assisted In-situ Keratomileusis’. Ia adalah sejenis prosedur pembedahan mata menggunakan laser yang boleh merawat masalah penglihatan, bukan sahaja rabun jauh, tetapi juga rabun dekat dan masalah astigmatisme.

Masalah rabun berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara bentuk (lengkungan) kornea yang merupakan lapisan hadapan mata dan saiz bola mata. Ia membuatkan imej gagal diterima oleh retina iaitu reseptor foto di bahagian dalam mata dengan tepat menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

 

Kaedah pembedahan lasik

Bagaimana pembedahan LASIK dilakukan?

Pembedahan LASIK menggunakan laser untuk membuang lapisan nipis pada kornea. Ini akan memberikan kornea lengkungan baru yang membolehkan imej dipantulkan di atas retina dengan lebih tepat, seterusnya menghilangkan masalah rabun.

Umumnya, dalam prosedur LASIK ini, penggunaan alat tradisional yang dipanggil ‘mikrokeratom’ iaitu alat yang mengandungi bilah pakai buang atau peranti lebih moden seperti ‘femtosecond laser’ iaitu alat yang menghasilkan tenaga laser pada kadar yang sangat pantas tepat pada sasaran, akan digunakan untuk memotong satu flap yang nipis pada permukaan  kornea. Pesakit akan diberi bius, dengan itu mereka tidak dapat merasa alat yang digunakan.

Kemudian, flap akan diangkat dan ‘excimer laser’ digunakan membuang beberapa tisu kornea dan membentuk kelengkungan kornea baru bagi memulihkan penglihatan. Akhir sekali, flap diletakkan kembali ketempat asal untuk menutup luka tanpa jahitan.

Pembedahan ini dilakukan di klinik pesakit luar dan tidak perlu dimasukkan ke dalam wad. Prosedur yang mengambil masa selama 10 hingga 15 minit ini boleh dilakukan ke atas sebelah atau kedua-dua belah mata dalam satu sesi. Tiada jahitan diperlukan.

 

Ubat bius

Ubat bius yang digunakan hanya dalam bentuk titisan mata dan ia dilakukan dalam keadaan sedar. Sekiranya perlu, doktor perubatan mungkin akan memberikan ubatan tertentu yang berfungsi untuk membantu mengurangkan rasa gemuruh.

Ubat titis mata

Pemberian ubat titis mata yang diprekripsi akan diberikan bersama arahan selepas pembedahan. Kebiasaannya, dalam masa beberapa hari selepas rawatan dilakukan, individu akan mula memperolehi kadar penglihatan yang lebih baik tanpa pemakaian kaca mata atau kanta lekap (contact lens).

 

Keadaan dalam bilik bedah

Jika ingin mendapatkan feeling bagaimana keadaan dalam surgery room, boleh tonton video dari Prof Muhaya, semasa beliau masih lagi bekerja di Prince Court Medical Centre (PCMC)

 

Sebelum pembedahan lasik mata

Sebelum sebarang prosedur pembedahan dilakukan, terdapat beberapa perkara pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk memastikan kesesuaian seseorang individu untuk menjalani prosedur LASIK ini.

Untuk pengetahuan umum, terdapat dua peringkat untuk melakukan prosedur LASIK ini iaitu Peringkat Pemeriksaan Penuh dan Peringkat Prosedur. Kedua-dua peringkat dijalankan pada hari yang berasingan.

Peringkat Pemeriksaan memakan masa selama 4 jam dan Peringkat Prosedur iaitu peringkat LASIK memakan masa selama lebih kurang 15 minit sahaja.

Dalam Peringkat Pemeriksaan Penuh, individu yang ingin melakukan pembedahan LASIK perlu menjalani prosedur penilaian dan pemeriksaan berkaitan:

  • Sejarah mata dan perubatan  yang lengkap
  • Pemeriksaan mata yang lengkap
  • Pemeriksaan topografi adalah penting
  • Pemeriksaan ketebalan kornea
  • Pengukuran saiz anak mata dan pergerakan bola mata
  • Refraksi
  • Penilaian koyakkan filem mata dan permukaan okular

Individu yang memakai kanta lekap tegar perlu dikeluarkan untuk beberapa minggu sebelum peperiksaan dan kanta lekap lembut selama beberapa hari untuk minggu sebelum peperiksaan. Pembiasan harus stabil sebelum pembedahan LASIK dilakukan.

 

Pakai cermin mata selepas lasik

Adakah pemakaian cermin mata selepas LASIK itu perlu?

Sememangnya selepas pembedahan, anda tidak memerlukan cermin mata mahupun kanta lekap lagi. Namun, itu adalah jika tidak berlaku sebarang masalah dan prosedur pembedahan berjalan dengan lancar.

Seperti yang dinyatakan di atas dalam Peringkat Pemeriksaan Penuh, doktor akan melihat keadaan mata anda dan menilai sama ada sesuai atau tidak untuk dilakukan LASIK ke atas mata anda. Kebiasaannya, ia sesuai dijalankan bagi kes rabun jauh. Namun, silau dan rabun dekat juga mungkin boleh mendapatkan manfaatnya.

Dalam kebanyakan kes, tiada komplikasi atau kesan serius berlaku selepas pembedahan. Namun, anda harus mengikuti ‘pantang’ yang dinasihatkan oleh doktor seperti tidak menggaru mata, kurangkan melihat cahaya terang pada minggu pertama selepas pembedahan dan bersukan.

Komplikasi selepas lasik mata

Walaupun pembedahan LASIK boleh dikatakan antara prosedur pembedahan yang selamat, namun masih terdapat kesan sampingan dan komplikasi yang berkemungkinan berisiko untuk berlaku kepada seseorang individu yang memilih untuk menjalani rawatan ini. Antara komplikasinya adalah seperti:

Kehilangan penglihatan

Dalam sesetengah kes, terdapat individu yang kehilangan penglihatan akibat LASIK. Selain itu, terdapat juga kes di mana individu kehilangan garis penglihatan yang tidak dapat dibetulkan dengan pemakaian cermin mata, kanta lekap ataupun pembedahan akibat daripada rawatan LASIK ini.

Night time starbursts

Ada juga individu yang mengalami silau, ‘halos’ataupun penglihatan berganda yang serius dan boleh menjejaskan penglihatan pada waktu malam. Walaupun penglihatan umumnya adalah baik pada carta, sesetengah individu tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan kontras rendah, seperti waktu malam, dalam berkabus selepas menjalani rawatan berbanding sebelum melakukan rawatan.

Perubahan yang terlebih atau terkurang

Ia satu keadaan yang tidak mustahil untuk berlaku, sama ada anda akan terlebih atau terkurang rawatan. Dikatakan hanya beberapa peratus individu yang menjalani pembedahan LASIK ini mencapai 20/20 penglihatan tanpa cermin mata atau kanta. Anda mungkin memerlukan rawatan tambahan. Tetapi terdapat kemungkinan rawatan tambahan juga tidak dapat membantu mengatasi masalah ini. Kesannya anda mungkin masih perlu untuk memakai cermin mata atau kanta lekap selepas pembedahan. Sekiranya anda menggunakan cermin mata untuk membaca sebelum pembedahan LASIK, anda berkemungkinan masih perlu mengunakan cermin mata selepas pembedahan sekiranya anda mahu membaca.

Mata kering

Sindrom mata kering yang teruk juga antara komplikasi berisiko untuk berlaku. Hasil daripada pembedahan LASIK, mata anda mungkin tidak dapat menghasilkan air mata yang cukup untuk mengekalkan kelembapan dan keselesaan pada mata. Mengalami masalah mata kering bukan sahaja akan menyebabkan ketidakselesaan, tetapi dalam masa yang sama ia akan mengurangkan kualiti visual seperti kekaburan dan gejala visual yang lain. Keadaan ini cenderung untuk menjadi masalah penglihatan yang kekal. Terapi air mata yang intensif atau sebarang prosedur perubatan lain mungkin perlu untuk dilakukan.

Seiring usia

Tahap penglihatan anda mungkin akan menjadi lebih baik selepas pembedahan LASIK. Namun, anda harus menyedari bahawa keberkesanannya mungkin dan boleh berkurangan seiring dengan peningkatan usia.

Akhir kata

Sebaiknya, sebelum melakukan sebarang keputusan untuk melakukan pembedahan LASIK ini, dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor perubatan mahupun pakar mata.

Ini boleh membantu anda untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik mengenai pembedahan LASIK ini. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan! Pastikan sentiasa menjaga mata selepas lasik.

Semoga bermanfaat.

Apa itu Pembedahan Lasik Mata (Eye Lasik Surgery)?

Apa itu lasik mata

Yang biasa orang faham, LASIK itu prosedur supaya tak perlu pakai cermin mata lagi. Boleh dapatkan mata yang cerah seperti dahulu. Cuma, ia terlalu ringkas dan tak semua orang faham. Izinkan kami berkongsi apa itu lasik mata. Jika ingin tahu lebih lanjut dalam Bahasa Inggeris, boleh lawati FDA.

Apa itu lasik?

LASIK adalah singkatan daripada ‘Laser Assisted In-situ Keratomileusis’. Ia adalah sejenis prosedur pembedahan mata menggunakan laser yang boleh merawat masalah penglihatan, bukan sahaja rabun jauh, tetapi juga rabun dekat dan masalah astigmatisme.

Masalah rabun jauh ini berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara bentuk (lengkungan) kornea yang merupakan lapisan hadapan mata dan saiz bola mata. Ia membuatkan imej gagal diterima oleh retina iaitu reseptor foto di bahagian dalam mata dengan tepat menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Dengan kata lain, LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) adalah satu prosedur yang dapat dipercayai dan tidak sakit untuk memulihkan tahap penglihatan dengan mengurangkan atau menghapuskan pergantungan kepada cermin mata atau kanta sentuh.

LASIK mengubah cara cahaya dibiaskan semasa melalu kornea, dengan itu cahaya dapat difokuskan keatas retina dan seterusnya objek dapat dilihat dengan jelas.

LASIK telah mendapatkan kelulusan dari Food and Drug Administration untuk  merawat rabun jauh, rabun dekat dan astigmatism.

Prosedur lasik

Prosedur LASIK tradisional, satu alat yang dipanggil mikrokeratom digunakan untuk memotong satu flap yang nipis pada permukaan  kornea. Pesakit akan diberi bius, dengan itu mereka tidak dapat merasa alat yang digunakan. Kemudian, flap akan  diangkat dan laser excimer digunakan untuk membentuk  kelengkungan kornea untuk memulihkan penglihatan. Akhir sekali, flap diletakkan kembali ketempat asal untuk menutup luka tanpa jahitan.

Prosedur ini mengambil masa hanya 10 minit bagi sebelah mata, walaubagaimanapun pesakit perlu bersedia untuk berada di pusat laser selama lebih kurang 1 jam.pesakit akan dibenarkan pulang ke rumah dan berehat selepas prosedur dilakukan.

Pesakit dinasihatkan untuk dating bagi rawatan susulan keesokan harinya dan mengikut temujanji yang diberi.

Ubat lasik

Preskripsi ubat titis mata (Antibiotik dan steroid) akan diberi bersama arahan selepas pembedahan. Mata akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu.

 

Akhir kata

Sebelum anda buat keputusan untuk buat lasik mata atau tidak, pastikan membaca tentang prosedur pembedahan terlebih dahulu. Jangan terburu-buru mahu buat tanpa memikirkan harga rawatan lasik dan kosnya yang mahal.

Selamat ber-lasik!

Penjagaan Mata Selepas Lasik (Prosedur Laser Mata Rabun Jauh)

Penjagaan mata selepas lasik

Kini, anda sudah selamat menjalani pembedahan lasik mata, walaupun kosnya agak mata. Namun, jangan ingat, selepas pembedahan lasik, semuanya jadi mudah. Anda perlu mengikut nasihat doktor dalam menjaga mata selepas lasik mata. Penjagaan mata selepas lasik itu sangat penting. Sila baca petua dan pantang-larangnya seperti di bawah.

WebMD mencadangkan beberapa perkara:

  • Jangan mandi atau basuh rambut anda sehingga keesokan hari.
  • Elakkan daripada menggunakan air yang tidak steril dari air mandi, basuh rambut, dan lain-lain ke dalam mata anda selama beberapa hari pertama selepas pembedahan lasik.
  • Berhati-hati apabila anda berada di bilik mandi atau semasa mandi.
  • Pastikan sabun keluar dari mata anda apabila anda membasuh rambut anda, dan bersedialah untuk menyembur rambut dan gunakan losyen bercukur.
  • Jangan gosok mata anda selama sekurang-kurangnya sebulan. Bukanlah bermakna tidak boleh gosok langsung. Maksudnya jangan gosok dengan kuat.
  • Jangan memandu sehingga anda berasa selesa. Dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.
  • Pakai cermin mata yang diberikan oleh doktor semasa anda tidur untuk minggu pertama.
  • Pastikan air mata keluar dari mata anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bukannya suruh menangis, tapi ia satu proses pembersihan.
  • Elakkan mandi di kolam renang, air terjun, sauna, dan tasik selama sekurang-kurangnya 3 minggu.
  • Tiada solek mata sekurang-kurangnya seminggu. Simpan sementara produk yang digunakan untuk mengelakkan jangkitan.
  • Jangan gunakan rambut berwarna selama sekurang-kurangnya 10 hari.
  • Tiada kerja berat selama dua hari, iaitu dengan mengangkat barang atau kerja berat yang menggunakan tulang empat kerat.
  • Pakai perlindungan mata sekurang-kurangnya sebulan sebaik sahaja anda memulakan senaman dan aktiviti sukan lagi.
  • Mata anda mungkin sensitif kepada cahaya untuk seketika. Gunakan cermin mata gelap.
  • Elakkan persekitaran yang kotor dan berdebu selama 7 hari.
  • Cahaya matahari yang terang boleh menyebabkan luka parut. Jadi, dinasihatkan agar memakai cermin mata hitam pada hari cerah untuk sekurang-kurangnya setahun.

Sila jangan langgar petua tentang penjagaan mata selepas lasik ini. Apa salahnya berkorban sedikit, untuk mata yang cerah tanpa cermin mata lagi.

Selamat mencuba.